Make your own free website on Tripod.com


FastCounter by LinkExchange

pasbann2.jpg (21467 bytes)

PAS Cawangan Paya Jaras Tengah
KAWASAN SELAYANG DUN Paya Jaras N15
Lot 2991A Jalan Rahidin Paya Jaras Tengah, 47000 Sungai Buluh Selangor
PPM/SEL. 26/52-5264
Tel :03-6561790


Sepatah Dua kata dariapada Ketua Cawangan Paya Jaras

Diatas kesedaran, kami penduduk Paya Jaras Tengah, telah berjaya menubuhkan satu cawangan PAS yang di beri nama PAS CAWANGAN PAYA JARAS TENGAH. Cawangan tersebut telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 30hb September 1998 dengan no pendaftaran PPM/SEL.52-5264. Saya berbesar hati sekiranya pelawat dapat berkunjung ke laman web kami bagi mengikuti perkembangan semasa berkenaan dengan activiti cawangan. Saya sekali lagi mewakili AJK PAS Cawangan Paya Jaras Tengah mengalu-alukan sokongan serta cadangan daripada semua pengunjung laman web kami dan mengucapkan ribuan terima kasih. Jikalau terdapat cadangan ataupun teguran yang membina kami sedia menerimanya dengan hati yang terbuka. Pendapat anda bolehlah di hantar kepada alamat email PAS Cawangan Paya Jaras 

 

Sekian terimakasih

Yang benar

ABDUL HUKUM BIN ABDUL HAMID
Ketua Cawangan PAS Paya Jaras Tengah.

"BERTEKAD MENCAPAI KEMENANGAN"

PAPAN KENYATAAN / MAKLUMAN

Kuliah Haraki oleh Ustaz Ramli bin Abdul Wahab pada hari Selasa malam Rabu minggu pertama (1) setiap bulan, jam 9.15 malam di rumah Pak Lah

 

Kuliah Bulanan oleh Ustaz Mat Zain bin Abdul Rahman pada hari Khamis  malam Jumaat minggu ketiga (3) setiap bulan, jam 9.15 malam di rumah Pak Lah

 

 

 


RENUNGAN
:

INTISARI AYAT-AYAT AL-QURAN
Untuk renungan dan peringatan bersama

"Pada hari ini orang-orang kafir telah berputus asa untuk mengalahkan agama kamu, sebab itulah jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada AKU. Pada hari ini telah KU sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah AKU cukup bagi kamu nikmat KU dan telah AKU redha islam itu menjadi agama (cara hidup) kamu" Al- Maidah:3

"Sesungguhnya kami telah menurunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum dikalangan manusia dengan apa yang ALLAH wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang kerana membela orang-orang yang khianat"AniNisaa:105

"Barang siapa mengambil selain ISLAM sebagai agama (cara hidup/peraturan/undang-undang) maka tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti dia tremasuk di kalangan orang- orang yang rugi" Ali Imram:85

"Apakah mereka ingin hukum jahiliyah (manusia)? Padahal siapa yang hukumnya lebih baik daripada ALLAH bagi orang-orang yang yakin" Al Maaidah:50

"Barangsiapa siapa sahaja yang tidak menghukum dan memerintah dengan hukum (apa) yang di turunkan oleh ALLAH ,maka adalah mereka itu orang-orang yang kafir" Al Maaidah:50

"Tidakkah yang lebih zalim daripada orang yang telah mendapatkan peringatan melalui ayat- ayat Tuhannya,kemudia dia berpaling daripadanya, sesungguhnya kami akan menimpakan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa" Al- Mukminun:71

"Beritahulah kepada orang-orang yang munafiq itu bahawa mreka akan mendapat seksa yang pedih, iaitu orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman pemolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kemuliaan disisi orang-orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kemuliaan itu kepunyaan ALLAH" An-Nissaa:138-139

 

 

Kewajipan seorang yang menjadi ahli PAS

Kewajipan seorang yang menjadi ahli PAS ialah berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi seorang ISLAM yang sebenarnya yang menghayati ajaran-ajaran ISLAM dan memperjuangkan penghayatan di salam diri , keluaraga dan masyarakat kerana dasar PAS ialah ISLAM dan perjuangannya ialah untuk menghayati ISLAM.Diantara kewajipan- kewajipan penting yang mesti dilakukan segera apabila anda menjadi ahli PAS ialah:-

  1. Menuntut ilmu dengan menghadiri halaqat, majlis- majlis ilmu, membaca dan mentertai perbincangan-perbincangan mengenai ISLAM da mengenai masyarakat untuk membina kefahaman yang mendalam tentang ISLAM dan penghayatannya.
  2. Mengamalkan dengan sempurna, kewajipan- kewajipan yang terkandung didalam kewjipan fardu ain iaitu:-
    1. memahami akidah ISLAM dan berpegang teguh dengannya tanpa ragu dan syak. Percayakan keesaan ALLAH Subhanahu Wa Taala dan kesempurnaan ZAT, sifat dan perbuatannya. Percaya adanya makhluk ALLAH yang dinamakan MALAIKAT yang taat dan patuh kepada segala perintah ALLAH Subhanahu Wa Taala. Percayakan kebenaran Rasul-rasul yang diutus oleh ALLAH dari kalangan manusia. Percayakan nabi Muhamad S.A.W dan membenarkan ajaran yang oleh baginda adalah datang daripada ALLAH dan agama Islam yang di bawa oleh Baginda adalah ajaran ALLAH yang terakhir dan lengkap yang diwahyukan oleh ALLAH kepada manusia. Nabi Muhamad dengan itu adalah utusan dan nabi yang terakhir ‘Khatamu-n-nabiyyin Wal Mursalin’. Percayakan kitab- kitab ALLAH Subha nahu Wataala yang mengandungi ajaran-ajaran yang diwahyukan oleh ALLAH kepada Rasul-rasul Nya. Percayakan bahawa kehidupan di atas dunia ini adalah sementara dan akan berlaku kiamat serta manusia akan dibangkitkan semula daripada kuburnya dan kemudian di pindahkan kealam akhirat yang akan ditentukan kehidupannya oleh ALLAH mengikut amalan nya diatas dunia ini. Manusia akan kekal hidup di alam akhirat itu selama-lamanya. Percayakan bahawa nasib samada baik dan buruk adalah ditentukan oleh ALLAH Subhanahu Wataala. Semua ajaran yang berkaitan dengan akidah ini hendaklah di pelajari dan di dalami serta diyakini sebagaimana semestinya seperti yang ditentukan di dalam batas-batas kewajipan fardu ain.
    2. Mengerjakan sembahyang lima (5) waktu di dalam waktunya dan sebaik-baiknya di awal waktu, tanpa lalai dan lengah. Cubalah berusaha bersungguh-sungguh supaya mngerjakannya scara berjemaah dan pastikan ada sembahyang berjemaah dikawasan tempat kediaman anda bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah. Hendaklah dikerjakan sembahyang dengan khusyuk dan merendahkan diri kepada ALLAH Subha nahu Wataala.
    3. Jka anda memiliki harta benda yang wajib dikeluarkan zakat, tunailah segera kewajipan itu mengikut kadar yang ditentukan oleh syarak.
    4. Tunailah ibadah puasa yang wajib iaitu sebulan dalam masa setahun pada tiap- tiap bulan Ramadan. Adalah baik ibadah puasa sunnah, misalnya setiap hari isnin dan khamisdibulan- bulan yang lain dari bulan Ramadan, melainkan hari- hari yang di haramkan iatu di hari syak dan hari tasyriq dan hari raya (1 syawal).
    5. Tunaikan ibadah haji di Mekkah sekali seumur hidup. Sekiranya anda mampu pergi ke Mekkah untuk menunaikannya.
    6. Meninggalkan segala yang di haramkan oleh ALLAH Subha nahu Wataala adlah kewajipan yang tergulung di dalam fardhu ain. Kerana itu anda hendaklah menjauhkan diri anda daripada perkara-perkara yang di larang oleh ALLAH Subha nahu Wataala.
    7. Pakaian dan makanan anda hendaklah drp bahan- bahan yang bersih dan halal. Begitu juag sumber mendapatkannya hendaklah drp sumber-sumber yang halal. Anda hendaklah sentiasa berpakaian bersih dan memakan makanan yang baik dan halal.
    8. Menghisap rokok adalah suatu amaalan yang cela dan merugikan wang serta membawa mudharat kepada diri anda. Perbuatan yang merugikan bukannya datang daripada orang islam yang baik.
    9. Anda tidak boleh ragu- ragu mengistiharkan diri anda sebagai orang islam. Bahkan anda mestilah berbangga menjadi seorang islam yang mengikut jalan yang lurus. Pengistiharan dengan lafaz LA ILAHA ILLALLAH wajib di lakukkan. Demikian juga mempertahankan pengakuan itu dengan penuuh kesungguhan serta memelihara kehendak dan tuntutannya.
    10. Bersihkan diri anda daripada sifat- sifat tercela dan bisikan- bisikan hati yang merosakkan keikhlasan beribadat kepada ALLAH Subha nahu Wataala. Pembersihan hati daripada sifat- sifat tercela itu, adalah asas kepada pembentukakan akhlak dan gerak geri serta perjalanan hidup yang bersopan, beadap dan bertertib. Sempurnakankanlah tuntutan ISLAM supaya berakhlak baik dan indah tutur bahasa dan kelakuan.
  3. Baikilah hubungan dengan kaum keluarga , jiran dan kenalan anda dan berbuat vaiklah kepada mereka di salam batas- batas yang tidak melanggar batasan- batasan ALLAH Subha nahu Wataala dan janganlah membiarkan diri anda, semasa berbaik dengan mereka di pengaruhi oleh mereka untuk melakukan maksiat kepada ALLAH dan menyimpang daripada perjuangan menghayati dan menegakkan ISLAM, sebaliknya anda da’I yang bekerja mempengaruhi mereka supaya berjuang untuk ISLAM. Diantara langkah- langkah yang perlu diambil untuk berhubung rapat dengan mereka ialah:-
    1. Menziarahi mereka di waktu- waktu yang sesuai. Jika berkemampuan, bawalah hadiah atau buah tangan ketika melakukan ziarah ituSentiasa bertanya khabar kepada jiran-jiran dan kaum keluarga anda untuk menambahkan kemesraan.
    2. Berilah bantuan dan pertolongan jika jiran- jiran dan kaum keluarga serta kenalan anda berada di dalam kesusahan.
    3. Jika anda mengadakan kenduri atau jamuan, undanglah mereka untuk bersama-sama menghadiri jamuan anda itu
    4. Tugas anda yang terpenting ialah mempengaruhi mereka secara bersopan santun untuk menghayati ISLAM dan berjuang untuknya dengan membangkitkan kesedaran mereka tentang ISLAM dan menarik mereka menyertainy jema’ah.
  4. Anda hendaklah mengambil tahu tentang kedudukan dan perkembangan parti dan anda hendaklah mengikut program- program yang di jalankannya.
  5. Anda hendaklah menawarkan tenaga dan menyertai usaha untuk mengadakan sesuatu activiti parti. Samada penyertaan parti itu dengan tenaga ataupun wang ringgit.
  6. Anda hendaklah memahami arahan pemimpin dan mematuhinya selagi arahan itu tidak bercanggah dengan perintah yang nyata daripa ALLAH Subha nahu Wataala dan Rasulnya.
  7. Anda hendaklah mneghormati dan mematuhi pemimpin yang telah di pilih dan memberikan kepada mereka galakan dan semangat supaya mereka memikul tanggungjawab dengan tabah sehingga tercapai cita- cita perjuangan.
  8. Kewajipan anda terhadap parti yang telah di tentukan sebagai kewajpan organisasi seperti menghadiri mesyuarat dan membayar yuran, hendaklah di tunaikan dengan ikhlas sebagai kewajipan yang benar untuk mengukuhkan pentadbiran jema’ah.

Perkara-perkara di atas adalah diantara tugas dan tanggungjawab penting bagi setiap ahli PAS dan hendaklah ia menunaikan sebagai langkah permulaan bagi memenuhi cita- cita perjuangan PAS untuk menghayati dan menegakkan ISLAM sebagai sistem kehidupan

 

AKTIVITI :

Kuliah bulanan pada minggu pertama (Rabu malam Khamis jam 9:00 malam)  setiap bulan di Lot 2991A, Jalan Rahidin, MARKAS PAS PAYA JARAS TENGAH (Rumah Pak Dollah)

 

Mesyuarat Agong PAS Caw Paya Jaras Tengah Kali Yang Pertama
Pada 12/12/98 hari Sabtu  jam 9.00 malam di Lot 2991A, Jalan Rahidin, (Rumah Pak Dollah)

 

AHLI- AHLI JAWATANKUASA bagi tahun 1999-2001

DEWAN PEMUDA:

DEWAN MUSLIMAT:

PASTI:

Lain-Lain:

 

Alamat Surat menyurat :-

Kepada:-

PAS Cawangan Paya Jaras
d/a Lot 2991A, Jalan Rahidin
Paya Jaras Tengah 
47000 Sungai Buluh           
Selangor Darul Ehsan.             

Tel
03-6561790 - En Abdul Hukum Abd Hamid


Email:-
Zulkepli Zainal Abidin - Setiausaha       

website : http://www.members.tripod.com/~proojeet/pcpj.htm